Friday, June 25, 2010

Apabila LELAKI menjadi kawan baik WANITA atau sebaliknya



Apa pandangan korang apabila LELAKI menjadi kawan baik WANITA atau sebaliknya. Boleh ke hal ni terjadi?? maksud aku, perasaan yang betul2 neutral. Tak ade sedikit pun timbul perasaan lebih dari seorang kawan. Tak dinafikan ada yang betul2 menganggap kawan tu tetap kawan, takkan ada perasaan lain yang akan timbul. Baguslah mcm tu tapi percayalah, kesan negatif pasti akan timbul nanti.



Bayangkan kalau korang ada teman istimewa takpun dah berkahwin. Kamu rasa apa tanggapan pasangan korang kalau korang selalu saja berhubungan dengan kawan baik korang tu. Kalau sama jantina takpe. Ni yang lain jantina maksud aku. Faham2 lah, kawan baik adalah tempat kita berkongsi segalanya. Mestilah hubungan tu sangat rapat. Kalau aku, maybe pakwe aku tak kisah tapi hatinya mesti sakit giler.. Isk! tak sampai hati aku tau (~_~)



Korang tengok tak sinetron "Benci Bilang Cinta" kat Astro Ria. Ni salah satu contoh yang bleh aku tunjukkan. Winda berkawan rapat dengan Aditya. Semua masalah dia kongsi dengan Aditya. Suami si Winda (Dimas) mestilah rasa tak senang. Tak pasal2 hubungan rumah tangga dieorg makin teruk. Semua disebabkan salah faham jek antara dieorg sebenarnya. Bayangkan kalau si Winda tak terlalu rapat ngan Aditya mesti hal ni tak berlaku. Aku geram angan Aditya sebenarnya. Yang dia dok sebuk ngan bini orang napa?? isk.. sakit hati aku.. hihi teremo plak.(>_<)V


Winda



Dimas
uhu aku suke sama kamu(~~,)V piss


Bagi aku, kalau nak cari kawan tak kisah la sape2 pun. laki or pompuan sama jek.. Cuma kalau nak cari "kawan baik" biarlah yang sama jantina. Kalau yang berlainan jantina macam2 hal bleh berlaku. Tapi ikut korang lah.. hak masing2.. tepuk dada tanya selera.. fikir2 kan lah..okeyy

(^_~)V piss...

1 comment:

  1. finazz juge geram ngn aditya . hekhek . rasa mcm na tembak je si aditya tu .g jek la kat claudia tu ke . hehe . emosi...

    ReplyDelete

My Scrapblog