Monday, May 3, 2010

Satu Hari Di Hari Kelahiranku~~


Hari ini genap usiaku 24 tahun..baru aku sedar rupaya aku sudah
masuk ke alam dewasa..
sedikit hari lagi masuk pula ke warga emas..huh!! tak dapat aku bayangkan..sejenak aku terfikir apakah yang telah aku buat dan
aku peroleh sepanjang hidupku

di bumi Allah ini selama 24 tahun.. lama juga ye.. iskk..


sekarang aku sudah bergelar cikgu walaupun secara tidak rasmi..bila aku berjalan pasti ada saja pelajar yang tunduk tanda hormat sambil memberikan salam kepadaku... kadang2 rasa segan je. mungkin sbb rasa diri tak layak lagi untuk digelar sebagai seorang cikgu.. apatah lagi seorang "ustazah" huhu...

Hari ini merupakan kenangan terindah bagiku.. aku masuk ke dalam kelas seperti biasa.. mengajar seperti biasa.. cuma aku rasa hairan melihat perangai pelajar ku pada hari ini.. malas sungguh nak belajar.. aku cakap pun mereka buat tak endah... lebih kurang 15minit berlalu.. pelajar ku tiba2 bangun dan menyanyikan lagu khas buat ku "HAPPY BIRTHDAY TO YOU..HAPPY BIRTHDAY TO YOU......"
huhu terkejut aku melihat kawanku Roslan dan pelajar2 ku Anith, Finaz, Azwa, Amira, Lisa dan Sara masuk ke dalam kelas dengan membawa 2 biji kek.. siap berlilil lagi.. hehe lama tak tiup lilin.. Aku buat biase2 jek depan budak2 tetapi hakikatnya aku berasa sangat terharu.. sangatttt terharu.. cuma nasib bek tak nangis.. ahahahaha...


Kepada semua pelajar 4Sc2..Lisa, Amira, Syema, 'Athiyah, Nani,Aqila, Martin, Chun Wai, Finaz, Ezzana, Aeza, Zulaikha, Sarah, Pravin, Idlan, Eng Soon, Rahmat, Hong Shen, Wei Quan, Hamsaveni, Kah Yan, Siew Chin, Anith, Azwa, Sin Yee, Ving Nyan, Pik Hui, Joey, Ramona, Baljit, Amutha, Haslina, Kavi, Shakish, Verghese, Elina, Piriyanga, Yee Ching dan Sher Lene.. THANKS N LOVE U SO MUCHHHH.............


Aku juga berasa sangat terharu dengan pelajar 4A1.. aku berasa betul2 sangat dihargai.. terharu dengan kek yang dibuat sendiri ol eh mereka.. ehee sangat2 suka.. sedap sekali... thanks Wawa, Fatin, Liya, Izzati, Amirah... syg kamuuu..uhuu




My Scrapblog