Monday, November 29, 2010

SMKSAS telok datok vs SMKSAS klang

Tiba-tiba aku teringat zaman aku kat KHAR upsi...
JMK ada bg pin buh "saya CIKGU"...
time tu duk berangan bila la aku nak jd cikgu..
padahal waktu tu aku baru sem 1...
Tapi skang aku dah pun menjadi seorang guru dengan
rasminya pada 22 November 2010..
aku di postingkan ke SMK Sultan Abdul Samad Telok Datok Banting...

ehm...

memang dekat tak terkira la dari rumah aku..
mak aku la insan yang paling seronok bila aku dapat sana..
Hari ini genap seminggu aku bertugas di sekolah ni..
tapi semua ni hanyalah sementara...
sbb aku mungkin akan ditukarkan ke sekolah lain..

aduiii...

malas tul la... geram pun ada...
PPD ada call aku, dia kata JPN tersilap bagi surat..
Aku sepatutnya ke SMK Sultan Abdul Samad Klang..
bukan SMK Sultan Abdul Samad Telok Datok...

ehm..

ntah pape..
skang ni aku dah malas rasanya nak g sekolah selagi
surat penempatan yg sebenar diterima..
yang paling buat aku sedih sbb aku tau mak aku sedih aku
dapat sekolah di luar banting..
aku rasa bersalah gak..
sian sgt kat mak aku..

makkk.. i mintak maaf... huhu (~_~)

Friday, June 25, 2010

Apabila LELAKI menjadi kawan baik WANITA atau sebaliknya



Apa pandangan korang apabila LELAKI menjadi kawan baik WANITA atau sebaliknya. Boleh ke hal ni terjadi?? maksud aku, perasaan yang betul2 neutral. Tak ade sedikit pun timbul perasaan lebih dari seorang kawan. Tak dinafikan ada yang betul2 menganggap kawan tu tetap kawan, takkan ada perasaan lain yang akan timbul. Baguslah mcm tu tapi percayalah, kesan negatif pasti akan timbul nanti.



Bayangkan kalau korang ada teman istimewa takpun dah berkahwin. Kamu rasa apa tanggapan pasangan korang kalau korang selalu saja berhubungan dengan kawan baik korang tu. Kalau sama jantina takpe. Ni yang lain jantina maksud aku. Faham2 lah, kawan baik adalah tempat kita berkongsi segalanya. Mestilah hubungan tu sangat rapat. Kalau aku, maybe pakwe aku tak kisah tapi hatinya mesti sakit giler.. Isk! tak sampai hati aku tau (~_~)



Korang tengok tak sinetron "Benci Bilang Cinta" kat Astro Ria. Ni salah satu contoh yang bleh aku tunjukkan. Winda berkawan rapat dengan Aditya. Semua masalah dia kongsi dengan Aditya. Suami si Winda (Dimas) mestilah rasa tak senang. Tak pasal2 hubungan rumah tangga dieorg makin teruk. Semua disebabkan salah faham jek antara dieorg sebenarnya. Bayangkan kalau si Winda tak terlalu rapat ngan Aditya mesti hal ni tak berlaku. Aku geram angan Aditya sebenarnya. Yang dia dok sebuk ngan bini orang napa?? isk.. sakit hati aku.. hihi teremo plak.(>_<)V


Winda



Dimas
uhu aku suke sama kamu(~~,)V piss


Bagi aku, kalau nak cari kawan tak kisah la sape2 pun. laki or pompuan sama jek.. Cuma kalau nak cari "kawan baik" biarlah yang sama jantina. Kalau yang berlainan jantina macam2 hal bleh berlaku. Tapi ikut korang lah.. hak masing2.. tepuk dada tanya selera.. fikir2 kan lah..okeyy

(^_~)V piss...

Wednesday, June 23, 2010

Apabila Putus Cinta



-->Topik Dr. Cinta kali ni ialah tentang PUTUS CINTA..
korang pernah tak mengalami saat putus cinta?? Kalau dibuat kajian ke atas semua manusia di atas muka bumi ini. Pasti dapatan kajian menunjukkan hampir 100%
manusia yang ada di muka bumi ini
pernah putus cinta..





Apa korang rasa ye bila putus cinta?? Mesti sakit sangat2 kan?? Sedih..kecewa..dan macam2 perasaan ada.. waktu tu lah rasa mcm dunia berhenti berputar.. tak gerak2.. rasa lama jek.. Apabila sang kekasih mengucapkan “ kita putus”, “ saya dah tak selesa ngan awak”, “ perasaan sayang saya pada awak semakin kurang”, “saya rasa mcm dah tak minat lagi nak bercinta”, pasti saat tu rasa jantung berhenti berdegup dan mcm2 perasaan hadir memenuhi jiwa kita..
Betul tak??





Then kita mesti rasa risau nak ditinggalkan sang kekasih dah berusaha mencari jalan untuk memperbaiki hubungan tersebut supaya ianya tidak berakhir. Ya, pada masa inilah mcm2 perkara kita akan buat dengan niat untuk mengambil hati sang kekasih tersebut. Tapi, faham2 lah, orang kalau dah tak minat dan tak suka, apa kita buat pasti semua salah. Makin kita cuba
dekat makin tulah mereka makin jauh.
Huh!! Kenapa ye?? (~_~)#@$**




Bila tengok keadaan sekeliling dan tengok drama atau filem2 yang ditontonkan, sebenarnya itulah hakikat sebenar kehidupan masyarakat kita. Apabila seseorang tu putus cinta pasti akan memberikan dua kesan sama ada kesan positif atau kesan negatif. Bagi yang tak kuat pasti macam2 hal yang akan dilakukan seperti mogok makan (bagus untuk mereka yang berbadan besar dan ingin kurus), mengurungkan diri, menangis 24jam tanpa henti, dan yang paling ganas ada yang sanggup bunuh diri. Tapi bagi mereka yang memang kuat hatinya pasti dia akan menerima dengan tenang, pergi bercuti, bersuka ria dengan teman2 dan mungkin ada yang terus cari kekasih baru
(yang ni aku suka..yeahhh!!)(>_~)V


jangan bunuh diri mcm ni ya!! (^_^)V



Hakikatnya, kalau melibatkan hati memang
sukar untuk kita kawal.Kita sendiri yang perlu memilih
mana yang terbaik untuk kita bukannya orang lain. Setiap hubungan cinta yang kita bina pasti ada pasang surutnya. Andai cinta yang terjalin putus di tengah jalan, anggaplah memang bukan jodoh kita. Hati pasti dapat menerima dengan tenang. Cinta itu indah tapi sangat menyakitkan. Kalau kita dah buat keputusan untuk bercinta, kita perlulah sentiasa bersedia dan berani menerima apa saja risiko
bakal menimpa. Senang cerita, kalau takut dilanggar ombak jangan berumah di tepi pantai, ok!! (>_<)V




p/s: bab2 putus cinta ni aku paling suka lagu nih. Selalu aku berangan jadi hebat macam ni.hihi kalau putus cinta relax jek. Macam tak kesah pun..

Ketahuan

Dari awal aku tak pernah
Percaya kata-katamu
Karena ku hanya melihat
Semua dari parasmu

Terlanjur kau bilang padaku
Kau tak akan pernah selingkuh
Tetapi ternyata dirimu
Bermain di belakangku

Saat ku melihatmu
Kau sedang bermesraan
Dengan seorang yang ku kenal

Oo..ow.. Kamu ketahuan pacaran lagi
Dengan dirinya, teman baikku

Tapi tak mengapa, aku tak heran
Karena dirimu cinta sesaatku

Oo..Ow.. Aku ketahuan pacaran lagi
Dengan dirinya teman baikmu
Oo..Ow.. Aku ketahuan pacaran lagi
Dengan dirinya teman baikmu

Tuesday, June 22, 2010

Cik Selendang

Pernahkah kamu terfikir bahawa

banyak perkara yang ada di dunia ini

berputar, bergerak membulat dan yang sewaktu dengannya


ehm.. hal ni selalu juga aku fikirkan..

aku mencari banyak contoh untuk menyokong pendapat ini..

antara contoh yang aku dapat:

Pembentukan hujan, kehidupan manusia, jam, bumi, orang tawaf, fesyen???

fesyen??

mungkin ya!! (>_<)V


kalau dulu orang pakai kasut yang getah2 n plastik

sekarang pun orang dah sebuk pakai yang getah2 n plastik mcm kasut "crocs"


kalau dulu orang pakai seluar bawah kembang2 takpun yang ketat2

sekarang budak2 pergi sekolah pakai seluar yang bawah kembang2 or ketat2..

"seluar yengki dan seluar cikang"

sanggup jahit sendiri tu..

tgk la seluar jeans dieorg tuh..

kecik je bawah dia..


kalau dulu zaman mak kite muda2 pakai selendang sebagai tudung

sekarang kita pula yang duk sebuk pakai selendang..

ehm..

kalau kita tgk sekarang

memang banyak fesyen zaman dulu kembali dipakai zamai sekarang..

kenapa ya???

mungkinkan bumi berputar dan

menyebabkan keinginan kita juga berputar..

ahaha layan..

fikir2 kan lah (^_~)V hihi





waktu aku mula2 belajar pakai selendang (~_~)V





berposing ngan selendang baru (^^,)V






ehm.. ini waktu bila aku sudah lupa (>_~)V hihi






selendang student aku (cik Finaz) bagi time Hari Guru..(>_<)V hihi







yang ni kak ijar bagi..untuk raya sebenarnya.. huhu (^_^)V

Aku dan Lagu...

Bila cerita tentang lagu
aku memang suka lagu..


Sebab apa??

Mungkin sbb lagu mampu
mengisi kekosongan dalam jiwa aku..


Tapi bukan semua lagu aku suka..

Bila dengar lagu,
aku lebih pentingkan lirik lagu tu
berbanding nada dia..


yup!!

tak dinafikan lain org lain minatnya..
mungkin ada org yang lebih
pentingkan nada berbanding lirik..



tapi lagi bagus kalau kedua2 nya best..
lagi sedap didengar..



Lagu yang paling aku tak suka dengar
ialah lagu
nyanyian

6ixth sense


" Tak Bisa Memilihmu"

telah jauh terpisah, diriku dan dirimu
dalam ruang dan waktu
sendiriku jalani sepiku, tanpa dirimu,
resahku tanpa hadirmu,
sungguh berat hatiku untuk merasakannya
salahku mencintai dirinya saat jauhku terpisah
Darimu, dan hadirnya menyentuh hatiku
untuk cintainya
hatiku pun inginkannya
hingga runtuh setiaku kepada dirimu
ku sakiti hatimu yang tulus mencintaiku
maaf ku tak bisa memilih dirimu
karena kuterhanyut mencintai dia
inilah salahku yang memberi ruang
di dalam hatiku untuk mencintainya..

(terhanyut jiwa ini, terjatuh di hatinya)


ehm.. sedap lagu nih..

tapi aku memang tak suka sbb lagu ni
mengisahkan tentang seorang yang tak
setia terhadap cintanya..

jauh di mata terus jauh di hati..
terus cari pengganti..
kalau lepas ni pergi tempat lain makannya
cari yang lain pula la ya!!



mungkin sbb sifat aku yang sangat benci pada

"org yang tak setia"

pasti ada yang menganggap aku berfikiran
begini atas sebab pengalaman..


yup!!

mungkin salah satu sebab..
Tapi tak salah untuk sesiapa pun meminati lagu ini..
kerana perasaan minat dan suka adalah hak individu..

(>_<)!! yeahh!!







Monday, May 3, 2010

Satu Hari Di Hari Kelahiranku~~


Hari ini genap usiaku 24 tahun..baru aku sedar rupaya aku sudah
masuk ke alam dewasa..
sedikit hari lagi masuk pula ke warga emas..huh!! tak dapat aku bayangkan..sejenak aku terfikir apakah yang telah aku buat dan
aku peroleh sepanjang hidupku

di bumi Allah ini selama 24 tahun.. lama juga ye.. iskk..


sekarang aku sudah bergelar cikgu walaupun secara tidak rasmi..bila aku berjalan pasti ada saja pelajar yang tunduk tanda hormat sambil memberikan salam kepadaku... kadang2 rasa segan je. mungkin sbb rasa diri tak layak lagi untuk digelar sebagai seorang cikgu.. apatah lagi seorang "ustazah" huhu...

Hari ini merupakan kenangan terindah bagiku.. aku masuk ke dalam kelas seperti biasa.. mengajar seperti biasa.. cuma aku rasa hairan melihat perangai pelajar ku pada hari ini.. malas sungguh nak belajar.. aku cakap pun mereka buat tak endah... lebih kurang 15minit berlalu.. pelajar ku tiba2 bangun dan menyanyikan lagu khas buat ku "HAPPY BIRTHDAY TO YOU..HAPPY BIRTHDAY TO YOU......"
huhu terkejut aku melihat kawanku Roslan dan pelajar2 ku Anith, Finaz, Azwa, Amira, Lisa dan Sara masuk ke dalam kelas dengan membawa 2 biji kek.. siap berlilil lagi.. hehe lama tak tiup lilin.. Aku buat biase2 jek depan budak2 tetapi hakikatnya aku berasa sangat terharu.. sangatttt terharu.. cuma nasib bek tak nangis.. ahahahaha...


Kepada semua pelajar 4Sc2..Lisa, Amira, Syema, 'Athiyah, Nani,Aqila, Martin, Chun Wai, Finaz, Ezzana, Aeza, Zulaikha, Sarah, Pravin, Idlan, Eng Soon, Rahmat, Hong Shen, Wei Quan, Hamsaveni, Kah Yan, Siew Chin, Anith, Azwa, Sin Yee, Ving Nyan, Pik Hui, Joey, Ramona, Baljit, Amutha, Haslina, Kavi, Shakish, Verghese, Elina, Piriyanga, Yee Ching dan Sher Lene.. THANKS N LOVE U SO MUCHHHH.............


Aku juga berasa sangat terharu dengan pelajar 4A1.. aku berasa betul2 sangat dihargai.. terharu dengan kek yang dibuat sendiri ol eh mereka.. ehee sangat2 suka.. sedap sekali... thanks Wawa, Fatin, Liya, Izzati, Amirah... syg kamuuu..uhuu




Monday, April 5, 2010

Meggi Goreng Telur Dadar~~

Sebenarnya aku tak niat nak
makan malam nih..kunun diet la...
tibe2 aku terbau makanan yang
datangnya dari makanan si Emon ngan In..
arghhhh benci tul wat aku jadi lapar jek..
Terus jek otak aku ligat berfikir
apa yang aku nak masak malam nih..
Pas mandi aku terus jek goreng
telur dadar n goreng meggi..
Aku tak pasti la ada rupa meggi goreng ke tak..
layan jek yang penting sedap..
Sambil aku makan cite Jidin start plak..
automatik aku terbayang en Yap..
Kalau nak tau dialah peminat setia cite tu..
(uhuu mati aku kena bunuh ngan Yap)..hahaha...
Tapi paling aku tak sangka rupanya orang yang
belako
n jadi 2 ekor makhluk asing plek tuh
si Fauzi Nawawi ngan Bell...
ahahahaha tergamak betul dieorg... huh!!!



~~ Ni la rupa meggi goreng telur dadar tuh..layan..zasss!!~~

Ciri-ciri si Buaya atau Playboy~~

Hasil daripada kajian ku...


ciri2 dan kata2 manis "si buaya":

(mase ngorat)
awak tak sihat ke? ada ubat tak? nak sy belikan?...kunun amik berat ar tu~~


(bila dah couple)
tp baru lg la dlm seminggu atau sebulan "sy mesti datang jumpa mak ayah awk" tak pun "dua tahun lagi kita bertunang yer... time ni nak tunjuk yg dia
sungguh2 la~~


(rase2 dah bosann nak putus)
" sy ada masalah la" tak pun "wat masa ni nak fokus pada kerja dulu".. n bla bla bla.. bila dah sampai tahap ni mula la buat2 ada maslah yg menyebabkan tak bleh turuskan hubungan lagi~~


( bila dah putus)
" kita tetap kawan..awak la kawan yang paling sy sayang sampai bila2...ceh..
tapi terus hilang..

so hati2 la dgn manusia kumpulan nih...huhuhu

My Scrapblog