Wednesday, August 26, 2009

JANGAN MEMILIH SANGAT

Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya.. .

Pelajar: Guru, apakah erti cinta..? Bagaimanakah saya boleh mendapatkannya. ..?

Guru:
Ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. Berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. Kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.



Pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

Guru bertanya: Mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?

Pelajar menjawab: Saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. Jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

Gurunya menjawab: Ya, itulah cinta...

Di hari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan. ..?

Guru:
Ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

Pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

Maka gurunya pun bertanya: Mengapa kamu memotong pohon seperti ini....?

Pelajar itu menjawab: Sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya.. .

Maka guru itu menjawab: Itulah perkahwinan. ......

TAMAT

Kesimpulannya, usahlah terlalu memilih cinta, ditakuti anda akan terlepasnya, dan janganlah terlalu memilih jodoh, terimalah pasangan anda dengan seadanya. Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Setiap insan pasti ada kelebihan dan kekurangannya.

Monday, August 24, 2009

MAKROTEACHING NASUHA

Malam ni aku n ja jadi anak murid nas.. berlakon jadi anak murid dia.. Nas nak buat makroteaching PAI.. malam esok dia kena mengajar.. isk isk..sangat menakutkan..nasib aku dah lepas..memang rasa takut sangat nak tunggu saat tu.. rasa macam nak pengsan (ayat yang selalu aku guna) hehe..Nas ajar bab aqidah..dia ngajar rukun Iman.. macam mana la ustazah nasuha mengajar nanti..huhu apepun aku ucapkan gudluck..moga nas dapat buat yang terbaik..chayoook my friend..

Sunday, August 23, 2009

KELEBIHAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

MY LUKERIZ..dahulu dan sekarang





Lukeriz diwaktu kanak-kanak.. macam plek je dia nih..hahahaha












Lukeriz diwaktu remaja... hampir menjadi poyo...












Lukeriz apabila sudah dewasa... telah menjadi poyo sepenuhnya...

BULAN RAMADHAN 2009

Senyap-senyap puasa dah tiba lagi.. Cepatnya masa berlalu.. hakikatnya aku kenalah usaha gigih untuk masa depan aku.. uhuu dah makin tua... spatutnya dah tak perlu fikir hal-hal remeh.. ehm sok kena bagun sahur... mals nak bangun tapi lapar pula nanti.. lagi-lagi esok ada kelas, tak pasal pengsan pula aku.. Cite pasal pengsan teringat aku kat Brother sorang ni...aku g bazar ramadhan ngan nanas n jaja hari first ramadhan.. tiba-tiba kami nampak sorang brother tu jatuh terbaring tepi org jual-jual..penat sgt kot, tak pun lapar sangat. Ja kata gestrik kot..huhu.. tak terbayang aku lau jadi kat aku.. mesti ja n nas lari tinggalkan aku tergolek seorang diri..hahaha...

Tuesday, August 18, 2009

MAKROTEACHING YANG MENAKUTKAN

Malam ni aku kena wat makroteaching PAI.. aku kena ngan ayat kefahaman. tajuk yang aku pilih tentang makanan yang halal dan haram menurut Islam. Aku giliran yg kedua tapi mamat yang kena ngaja mula2 tak sedia lagi so aku yang kena ngaja dulu.. berderau darah aku.. takut gila.. tapi bila dah ada kat depan kelas perasaan takut tu dah hilang.. rasa macam kelas tu aku yang punya.. hahaha suka hati la aku nak wat apa.. nasib budak2 sporting.. thanks sgt2 kat kawan2.. ja, nas, zila, izati, kak ina, haliza, mek, mawi, sobri, muslim n kawan2 suma yang lain. thanks juga pada Ust Misnan yang banyak beri tunjuk ajar.. Thank you very much pada semua...:)

Saturday, August 15, 2009

JEMPUTLAH MELAWAT MY SCRAPBLOG

Hello kawan2... aku punya scrapblog dah siap..bolehlah korang semua tgk..Dalam tu banyak aku letakkan gambar2 my sweet memory sepanjang hidup aku.. tapi sebahagian jek..banyak lagi tak letak sbb aku sebuk skang nih..ini jek wat masa nih.. InsyaAllah ada masa aku sentiasa menambah gambar2 yang menarik dalam aku punya scrapblog...korang pun bleh create satu untuk kisah hidup korang gak tau.. aku rase ia memang menarik.. apepun harap korang enjoy ngan my scrapblog nih...

Thursday, August 13, 2009

MALAM-MALAM HARI KU

isk..nape macam sedih jek malam nih... kawan-kawan semua dah tidur..aku tak boleh tidur pula malam ni.. isk isk isk.. en luke..cepatlah sembuh.. risau i tau... kalau aku boleh ganti tempat dia, rasa macam nak ganti jek. kadang-kadang rasa, biarlah aku yang tanggung semua, biarlah aku yang sakit..tak tau kenapa rasa susah hati sangat.. entahlah, mungkin inilah yang selalu aku rasa. impian aku ada banyak..salah satunya aku ingin membahagiakan orang yang aku sayang.. ehmm..thats right itu impian terpenting aku..sebab..bukan mudah untuk aku dapatkan sesuatu yang sangat berharga dan bermakna dalam hidup aku..

p/s: semoga encik luke cepat sembuh..Aminnnn:)

My Scrapblog